I did a thing. A huge thing. Something out of my nature.
insignificance
Labels: Merapu
Tamatnya Riwayat~~
Handphone
Boleh tak bayangkan handphone aku leh rosak tengah on the way nak ker airport? Maner lah nak mencari ganti… Nasib baik lah ader orang tu dah ber-handphone baru lagi canggih, so ader aa handphone lama die untuk dipinjam sepanjang jalan-jalan di Sabah. Kalau tak, mati kutu jugak aku.
Handphone ni aku beli zaman aku praktikal lagi. Tahun 2006. To be exact, sehari sebelum Ramadhan, kt KL Sentral. Sikit punya lama aku survey nak mencari handphone yang berkenan, jatuh hati pulak ke yang satu ni. Zaman tu, mp3 player dalam handphone masih lagi baru. So suka aa dah ada handphone yang leh main mp3 (walhal time tu
Jadi dah 3 tahun handphone ni berkhidmat untuk aku. Frame besi die dah tertanggal bulan lepas. Baru ni skrin die blank jer, tayang skrin putih sahaja. Rasanya buleh jer hantar repair skrin, tapi aku fikir dah tiba masa untuk tukar yang baru.
Sekarang ni, masih lagi pakai handphone pinjam. Bab-bab meminjam barang ni, aku takut sikit. Aku punya rekod merosakkan barang yang aku pinjam (i.e. motor Supik yang siap patah besi handle, etc). Jadi, esok aku ingat kene beli jugak handphone baru, waima handphone murah.
Ikutkan hati nak beli handphone touch screen pulak. Macam best jer tengok dalam Brilliant Legacy, semua dok pakai handphone touch screen. iphone tu tak dapek aa, pakcik ni tak mampu…
Kasut Sukan
Jangan kata memanjat Kinabalu tak mencabar yer. Kasut aku sampai hancur dibuatnya. Waktu memanjat hari pertama, dah koyak lite-lite. Lepas tu, waktu memanjat puncak pada hari kedua, tapak kasut belah kiri almost tercabut. Malim gunung siap sound lagi, katanya takut tak sempat turun gunung, kasut aku tercabut. Sanggup ker engkau turun Kinabalu kaki ayam jer? Tak pasal2 aku pakai kasut design special – berikat tali raffia!
Kasut tu dah lama aku pakai, kalau tak silap aku, aku beli waktu aku third year UTP. Tahun 2004. Kasut jenama Power. Tidaklah cikai sangat. Aku pakai pun untuk jogging jer (sebab itu jer sports yang aku boleh buat). Dah berapa kali repair pun kasut tu.
Nasib baik kasut tu tahan jugak sampai ke kaki gunung. Bersemadilah kasut itu di kaki gunung Kinabalu. Kene beli kasut baru neh...
Spek Mata Hitam
Aku jenis yang tak suka pakai aksesori. Itu termasuklah headgear, cermin mata hitam dsb. Aku pakai cermin mata hitam, pun biasanya sebab driving, mengelakkan silau matahari.
Cermin mata tu pun cermin mata murah. Aku beli kat stesen bas Titiwangsa jer. RM20. Mmg aa tak dapat kotak. Lepas tu pergi selit dalam beg yang dah sedia sendat dengan segala baju. Memang aa pecah.
Tapi sekarang ni aku dah ader spek mata baru~~~ Yang ni aku beli kat Warisan Square KK. Die ada kerawang ala2 Konoha (or some say PGL). Jadilah buat elak silau mata waktu memandu~~
Banyak giler barang aku kene ganti bulan ni~~ Tight aa bajet bulan ni~~ Buat yang tak bayar lagi duit g Bandung tu, apa lagi, tak reti2 bayar cepat. Gaji dah masuk dah~~
Lepas ni aku tulis entri Jalan-Jalan Sabah yer. Apa yang aku boleh katakan, SABAH BEST!!!!
p/s: Arini aku akan turun KL lagi, kali ni meraikan perhargaan ke atas salah seorang ahli keluarga aku. Which means I'll be away again. Bulan ni hidup dah macam orang nomad dah~~
Quick update on Kinabalu

Alhamdullillah, aku berjaya menjejakkan kaki ke puncak tertinggi Kinabalu iaitu Low's Peak pada 15 November 2009 jam 5.35 pagi. Sempat tengok matahari terbit lagi tuh~~~ Walaupun aku dah memaki hamun sepanjang 2.5 km terakhir (daripada 10.9 km pendakian), aku berjaya mengagahkan kaki jugak ke situ. Gambarnya nanti aku uploadkan.
Semalam pulak dapt tengok orang utan live kat Sepilok. Siang tadi merasa snorkelling kat Pulau Mabul, jirannya Pulau Sipadan. Banyak benda yang dirancang dapat dilaksanakan. Alhamdulillah.
Masih ada 2 hari untuk ronda2 Sabah. Doakan perjalanan aku selamat~~
-update dari Tawau, Sabah
Labels: Personal